Siapa lebih ke hadapan?
Iklan
Memasuki minggu kedua kempen, parti-parti politik giat memasang bendera di tempat strategik dan mudah dilihat oleh pengundi. - Gambar hiasan
Berdasarkan dapatan kajian ILHAM Centre dan Merdeka Center.
SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) dilihat berada paling hadapan selepas seminggu berkempen bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berdasarkan gerak kerja parti itu di seluruh negara.
Dua gabungan politik itu lebih menonjol berbanding Barisan Nasional (BN) dan Gerakan Tanah Air (GTA) menerusi kempen secara fizikal di lapangan mahupun platform dalam talian.