PRU15: Pemberian cuti, tol percuma bukti kerajaan rai demokrasi
Iklan
Ismail Sabri ketika sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Tapak Wisma Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) 2022 di Presint 18, Bandar Putrajaya hari ini. - Foto Bernama
-- fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
Satu pendekatan bagi menghargai rakyat, sekali gus memudahkan mereka untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
SHAH ALAM - Pemberian tiga insentif yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam usaha menggalakkan orang ramai mengundi memperlihatkan kerajaan menghormati perjalanan proses demokrasi melalui Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dilalui negara pada ketika ini.
Malah kata Pensyarah Sosiologi Politik, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Sivamurugan Pandian, ia juga memberikan semangat kepada rakyat yang berdepan dengan kelesuan politik untuk melunaskan tanggungjawab pada 19 November ini.