Kesan pilihan raya kepada ekonomi
Iklan
Pilihan raya mempunyai dinamiknya sendiri dari sudut ekonomi dan kewangan. Foto hiasan
WAKTU pilihan raya adalah musim durian runtuh bagi banyak pihak. Banyak wang dibelanjakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan parti-parti politik sehinggakan dengan sendirinya memberi kesan kepada ekonomi.
SPR dianggarkan membelanjakan lebih sedikit RM1 bilion berbanding RM500 juta untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan kira-kira RM400 juta bagi PRU13.