'Bentong syurga ekopelancongan negara'
Iklan
Tiong Lai menunjukkan manifesto beliau di Bentong yang memberi tumpuan untuk menjadikan Parlimen itu sebagai syurga ekopelancongan selain membantu rakyat hadapi peningkatan kos sara hidup.
CALON BN Parlimen Bentong, Tan Sri Liow Tiong Lai berazam mahu menjadikan Bentong sebagai syurga ekopelancongan negara jika diberi mandat dalam PIlihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Bekas Ahli Parlimen Bentong empat penggal sejak tahun 1999 sebelum kalah di kerusi itu pada PRU14 berkata, dengan pelbagai keindahan semula jadi dimiliki daerah tersebut, banyak pusat tarikan pelancongan boleh dimajukan.