Harapan kepada kerajaan baharu
Iklan
Pengundi mahu isu harga barang ditangani sebaiknya tidak kira siapa pun yang bakal menawan Putrajaya pada PRU15.
Rakyat tuntut parti yang menang PRU15 segera tangani isu kos sara hidup
SHAH ALAM - Menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), rata-rata pengundi mahu kerajaan baharu yang terbentuk selepas 19 November nanti menumpukan usaha mengawal kenaikan harga barang yang semakin membebankan rakyat terutama B40 dan M40.
Tinjauan Sinar Harian di seluruh negara mendapati harga pelbagai barangan seperti bahan mentah, sayur-sayuran dan barangan runcit terus melambung ketika calon-calon bertanding sibuk berkempen.