Perak kunci utama ke Putrajaya
Iklan
Parlimen Tambun bakal menyaksikan persaingan sengit antara penyandang, Ahmad Faizal Azumu dengan calon bakal Perdana Menteri PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PERAK boleh diklasifikasikan sebagai sebuah 'swing state' bagi empat penggal Pilihan Raya Umum (PRU) berturut-turut bermula tahun 2008.
Hal ini berikutan dua musuh ketat, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) atau kini dikenali Pakatan Harapan (PH), bersaing sengit untuk memperoleh majoriti mudah 31 kerusi daripada keseluruhan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.