PRU: Menang pun jadi arang
Iklan
Deretan bendera parti politik menghiasi jalan sempena PRU15. - Foto Bernama
PILIHAN Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah pilihan raya yang disertai parti-parti politik pelbagai gabungan. Barisan Nasional (BN) dianggotai UMNO, MIC, MCA dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) serta lapan parti lain.
Perikatan Nasional (PN) pula dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas, Gerakan dan dua parti dari Sabah iaitu Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).