Menilik calon Perdana Menteri
Iklan
Ini kali pertama negara mempunyai tiga konsortium politik besar yang mampu menawarkan tiga calon Perdana Menteri dengan kekuatan signifikan.
PADA Sabtu, telah berlangsung proses penamaan calon untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di 222 kerusi Parlimen.
Pada 19 November ini, lebih 21 juta pengundi akan memilih 222 orang ahli Dewan Rakyat yang sekali gus akan menentukan hala tuju pentadbiran negara.