Kenapakah Imran Khan ditembak?
Iklan
Para penyokong Imran Khan menuntut pilihan raya umum diadakan dengan segera. - Foto AFP
BEKAS Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan pernah digelar sebagai kaki perempuan dan menjadi pemain kriket terkenal apabila membantu negaranya menjuarai Piala Dunia buat pertama kali pada tahun 1992.
Ketika itu Pakistan berjaya mengalahkan England dan lebih manis beliau bergelar kapten pasukan.