Anwar calon PM terbaik untuk negara
Iklan
Kevin ketika berdebat pada program Berani Semuka bertajuk Anak Muda Pilih Siapa? yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian pada Selasa.
SHAH ALAM - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan calon pemimpin dan Perdana Menteri yang terbaik untuk mentadbir negara.
Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Dr Kevin Yii Lee Wuen berkata, secara prinsipnya, Malaysia ketika ini memerlukan kestabilan dan sistem tadbir urus kerajaan yang baik.