Taasub terhadap perubatan tradisional
Iklan
Para wartawan ketika mendengar taklimat mengenai perubatan tradisional Cina.
"HAMPIR 7,000 pesakit setiap hari datang untuk mendapatkan rawatan dan perubatan tradisional Cina (TCM) di hospital ini,” kata seorang staf wanita yang membawa sekumpulan wartawan meninjau Hospital Guanganmen.
Lebih menarik, tambahnya, pesakit bukan sahaja daripada golongan warga emas, malahan hospital yang memberi perkhidmatan TCM sepenuhnya itu turut dikunjungi golongan remaja dan kanak-kanak.