Antara empat bakal PM
Iklan
Antara Ismail Sabri, Anwar, Muhyiddin dan Dr Mahathir, siapakah yang mungkin mempunyai peluang lebih baik untuk menjadi PM?
BERBANDING kehangatan perdebatan awam tentang keperluan untuk Malaysia mempunyai lebih daripada seorang Timbalan Perdana Menteri (TPM), perdebatan tentang siapa bakal Perdana Menteri (PM) pula nampaknya dingin.
Ini selepas empat gabungan parti utama – Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Gerakan Tanah Air (GTA) telah pun menamakan calon PM bagi parti masing-masing.