Pertempuran paling sengit bermula di Johor
Iklan
Johor menjadi negeri tumpuan kerana kubu kuat UMNO itu tumbang pada PRU14.
Bekas MB Johor 'langgar' Maszlee, Nicole Wong intai Tebrau?
MENJELANG Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berbaki tidak sampai sebulan, tumpuan semua koalisi politik pastinya untuk memenangi sejumlah kerusi majoriti melebihi 112 kerusi Parlimen demi menawan Putrajaya.
Bagi tujuan itu, objektif utama semua parti politik kini terarah kepada usaha memenangi sejumlah 26 kerusi Parlimen di Johor, sebagaimana unjuran dibuat Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong sebelum ini.