Debat calon TPM bergantung kepada situasi: Shahril
Iklan
Shahril ketika menjadi panel dalam program Sinar Live dikendalikan oleh Hazwan Mokhtar yang bertajuk 'Peluang Kedua BN' disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Khamis.
KUALA LUMPUR - Perdebatan melibatkan calon Timbalan Perdana Menteri bergantung kepada situasi dan individu berkenaan iaitu kepentingannya pada waktu itu, kata Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan.
Menurutnya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada waktu ini lebih mahu memfokuskan kepada kerja-kerjanya sebagai Perdana Menteri, kawasan Bera yang diwakilinya dan bagaimana untuk membantu BN berkempen di seluruh Malaysia.