FB pilihan Gen Y, TikTok rujukan Gen Z
Iklan
Penggunaan FB di Malaysia mencecah 89 peratus, manakala kadar penggunaan TikTok sekitar 53 peratus, Twitter (49 peratus), berdasarkan penyelidikan Digital Business Lab.
SHAH ALAM - Penuntut jurusan diploma perakaunan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat, Nurraisah Nazurrain Nazli, 18, bakal menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi buat julung kali pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Mengakui agak kurang berminat mengikuti perkembangan politik semasa, Nurraisah menjelaskan beliau berdepan dilema untuk memilih calon atau parti untuk diundi di Parlimen Johor Bahru kelak.