Dilema siswa Sabah, Sarawak balik mengundi
Iklan
Isu harga tiket melambung menjelang menjelang PRU15 menghantui siswa.- Gambar hiasan (Gambar kecil: Jerrywesly, Justine, Mohd Yusri, Muhamad Zaim dan Muhammad Zikri)
PILIHAN Raya Umum ke-15 (PRU15) bakal menyaksikan 21,173,638 pengundi berdaftar layak mengundi pada 19 November depan bagi menentukan kerajaan baharu setelah pembubaran Parlimen penggal ke-14.
Mengikut kelaziman, ramai tidak akan melepaskan peluang pulang kampung bagi memilih calon dan parti pilihan masing-masing.