PRU15: Menanti tarikh ‘hari besar’ kondusif
Iklan
SPR dijangka mengumumkan tarikh pengundian PRU15 pada hari ini. - Gambar hiasan
SELEPAS 11 hari pembubaran Parlimen, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan mesyuarat khas hari ini. Fokus seluruh negara beralih ke ibu pejabat SPR di Putrajaya. Sidang media khas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), dijangka menjelang tengah hari, yang kedua sejak SPR berpindah ke premis sendiri iaitu Menara SPR di Presint 2, tidak jauh dari Kompleks Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan.
Semua pihak mengharapkan ‘hari besar’ – hari mengundi yang sebenar – yang kondusif bagi setiap pemegang taruh.