KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, penganjuran Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (Sidang Kemuncak KL) bukan bertujuan mendiskriminasi atau mengasingkan sesiapa, sebaliknya berhasrat mencari jalan bagi menangani masalah yang dihadapi oleh dunia Islam dan ummah.
"Kita bukan mendiskriminasi atau mengasingkan sesiapa. Kita berhasrat untuk bermula secara kecil, dan sekiranya idea, saranan, dan penyelesaian yang dihasilkan boleh diterima dan dibuktikan dapat dilaksanakan, kita harap ia boleh dibawa ke platform yang lebih besar untuk pertimbangan,” katanya.