DAP Sabah tiada hak halang Bersatu
Iklan
Abdul Hakim Gulam Hassan
KOTA KINABALU - DAP Sabah tidak mempunyai hak untuk menghalang Bersatu melebarkan sayap ke Sabah, kata bekas Ketua Umno Bahagian Silam, Abdul Hakim Gulam Hassan.
Beliau antara yang keluar dari Umno pada bulan lepas berkata, negara ini mengamalkan sistem demokrasi dan mana-mana parti politik bebas untuk menubuhkan cawangan mereka.
Iklan
Iklan
"Jika parti yang berpangkalan di Semenanjung seperti DAP, PKR, Pas, Amanah dan Umno boleh dan telah mengembangkan sayap ke Sabah, maka tidak ada sebab Bersatu tidak dapat berbuat demikian.
"DAP Sabah yang menyokong pendirian Warisan agar Bersatu tidak melebarkan sayap ke negeri ini jelas mengamalkan politik yang tidak matang serta bertentangan dengan sistem demokrasi," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Iklan
Abdul Hakim mengulas kenyataan Pengerusi DAP Sabah, Datuk Stephen Wong Tien Fatt yang menyokong pendirian Presiden Warisan yang juga Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal agar Bersatu tidak melebarkan sayap ke Sabah.
Abdul Hakim keluar dari Umno bersama-sama wakil Rakyat dan pemimpin Umno Sabah yang diketuai oleh bekas Pengerusi Umno Sabah, Datuk Hajiji Noor mempersoalkan motif DAP Sabah yang menentang hasrat Bersatu masuk ke Sabah.
Iklan
Menurutnya rakyat Sabah sepatutnya diberi kebebasan dan hak untuk memilih parti politik yang ingin mereka sertai dan sokong. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abdul Hadi dedah kedutaan AS pernah 'risik' calon PM daripada Pas"><meta itemprop="description" content="Abdul Hadi dedah kedutaan AS pernah 'risik' calon PM daripada Pas
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan bahawa wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pernah mengajukan soalan mengenai calon Perdana Menteri yang akan diketengahkan oleh parti itu dalam satu pertemuan di kedutaan berkenaan.
Menurut beliau, soalan tersebut diajukan secara langsung kepadanya selepas dua pimpinan kanan Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, terlebih dahulu menghadiri pertemuan dengan pihak kedutaan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794980/berita/politik/abdul-hadi-dedah-kedutaan-as-pernah-risik-calon-pm-daripada-pas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbdulHadi #Politik #CalonPM #AmerikaSyarikat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-05T12:10:32.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb462qe"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb462qe"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb462qe"></script>