Peluang perangi 'penagih' rasuah
Iklan
Rakyat bukan sahaja memilih pemimpin tetapi menentukan masa depan negara.
ORANG tua-tua kata ‘dunia dah terbalik’. Ia menggambarkan keadaan - ‘dunia’ menerima sesuatu di luar norma masyarakat. Kita berada dalam ‘dunia yang terbalik’ apabila nilai-nilai baik itu dilihat sebagai ketinggalan.
Sebaliknya, nilai-nilai buruk itu pula diterima sebagai sesuatu yang baik. Kini, sudah menjadi normal apabila kita melihat mereka yang terlibat dalam politik tidak berasa malu walaupun sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah atas tuduhan rasuah.