'Bantu saya jaga Dr Mahathir'
Iklan
Dr Siti Hasmah sewaktu ditemu bual dalam program MUM yang berlangsung di Kompleks Karangkraf, Shah Alam pada Isnin.
SHAH ALAM - Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali menyuarakan kebimbangan apabila mengetahui suaminya akan kembali bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Namun sebagai wanita yang sentiasa menyokong setiap tindakan suaminya, Dr Siti Hasmah menyarankan beberapa 'syarat' untuk dituruti oleh Dr Mahathir ketika keluar berkempen.