PH sukar kerjasama dengan PN dan GTA dalam masa terdekat
Iklan
Ketika ini PH tetap dengan pendirian tidak akan menjalinkan kerjasama dengan mana-mana gabungan parti politik sama ada PN dan GTA mahu pun BN. Gambar kecil: Fahmi Fadzil, Mahfuz
SHAH ALAM - Hanya Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) boleh buat keputusan sama ada Pakatan Harapan akan menjalinkan sebarang kerjasama sama ada dengan Perikatan Nasional (PN) dan Gerakan Tanah Air (GTA) bagi menewaskan BN, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar berkata, secara dasarnya beliau bersetuju dengan pandangan Pengerusi GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa cara terbaik untuk menewaskan BN dalam PRU15 adalah menerusi kerjasama PH, PN dan GTA.