Kekuatan Muda masih belum terbukti
Iklan
Muda ada potensi boleh dimanfaatkan PH dalam menarik minat pengundi muda. Gambar kecil: Mohd Izani
SHAH ALAM - Keupayaan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) untuk memberikan nilai tambah kepada Pakatan Harapan (PH) khususnya dalam mendapatkan sokongan pengundi baharu dan muda masih belum terbukti dengan jelas.
Penganalisis politik daripada Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain berkata, Muda dilihat masih memerlukan masa untuk membina kekuatan mereka sebelum benar-benar dapat memberikan kesan signifikan terhadap politik negara.