Kisah 'cai' dan katak
Iklan
Pengundi adalah raja pada hari mengundi kerana undi kita akan mencorakkan masa depan negara. - Gambar hiasan
HAK mengundi dalam proses pemilihan politik dianggap sebagai elemen asas kepada sistem demokrasi tetapi jika dibandingkan secara mikro, bukan semua proses pemilihan mencerminkan nilai atau proses demokrasi yang tulen.
Contoh, demokrasi di negara-negara komunis dan negara diperintah rejim tentera membawa pemahaman serta pelaksanaan proses pemilihan yang unik.