Perlukah kaedah penentuan tarikh PRU dinilai semula?
Iklan
SPR dan kerajaan Malaysia perlu memperhalusi semula kaedah penentuan tarikh PRU agar ia tidak dimanipulasi pihak tertentu demi mendapatkan laba politik.
TARIKH pilihan raya umum (PRU) di Malaysia merupakan tarikh yang sentiasa menjadi teka-teki.
Hal ini kerana tarikh PRU ditentukan oleh pembubaran Parlimen yang diisytiharkan oleh Perdana Menteri setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.