Siapakah dia peminat buku?
Iklan
Orang yang menjadikan membaca itu sebagai hobi lazimnya akan didapati akan selalu membeli buku, membaca dan menyimpannya di dalam almari ataupun rak. - Gambar hiasan
HUJUNG minggu lalu berlangsung temasya Buku dan Kopi anjuran kedai buku saya, Iqraread di Malakat Mall.
Kami sengaja menggandingkan kopi dan buku kerana minuman ini kian popular. Ia juga gandingan yang bagus untuk meramaikan pengunjung ke temasya itu.