Hidup tanpa tunai
Iklan
Dengan transaksi tanpa tunai kita juga mudah mengesan butiran keluar masuk wang kita. - Gambar hiasan
OGOS lalu, ketika saya kalut membuka dompet untuk mengeluarkan wang bagi membayar harga beberapa naskhah buku, seorang kawan yang bersama saya secara sinis berkata,"Sekarang ni zaman cashless, bos. Yang guna duit tunai ni orang zaman purba saja.”
Dua tiga minggu lepas ketika hendak mengisi minyak di sebuah stesen, saya ternampak dia berdiri di tepi salah satu pam, kelihatan menggelabah.