PRU15: Hujung minggu lebih sesuai
Iklan
Kebanyakan pengundi berharap SPR menetapkan hari mengundi bagi PRU15 diadakan pada Sabtu atau Ahad untuk memudahkan perancangan pulang mengundi ke kawasan masing-masing. - Gambar hiasan
SHAH ALAM - Tinjauan Sinar Harian mendapati kebanyakan pengundi berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan pada hari cuti, sama ada Sabtu atau Ahad.
Bagaimanapun, terdapat juga pengundi yang berpandangan hari bekerja lebih sesuai kerana mereka akan diberikan cuti khas atau kerajaan mungkin akan mengumumkan hari mengundi sebagai cuti umum, selain tidak mengganggu cuti hujung minggu bersama keluarga.