Muda lebih besar daripada figura Syed Saddiq
Iklan
Dari kiri: Ismail Adnan selaku moderator, Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Shah Alam, Dr Afif Bahardin, Ketua Penerangan Muda, Luqman Long dan Felo Penyelidik Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa, Dr Muhammed Abdul Khalid (kanan). FOTO - SINAR HARIAN / ASRIL ASWANDI SHUKOR.
SHAH ALAM - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) bukan sebuah parti yang dibayangi figura Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semata-mata.
Ketua Penerangan Muda, Luqman Long menegaskan, Muda dipimpin oleh ramai figura anak muda yang sentiasa memberi khidmat kepada rakyat.