Undi di Parlimen cara terbaik ukur keabsahan
Iklan
Ismail Sabri bersama barisan kabinetnya semasa pembentangan Bajet 2023 Jumaat lalu.
SHAH ALAM - Biarpun pemimpin politik Perikatan Nasional (PN) menafikan tindakan 12 menteri parti itu menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong berniat mempertikaikan keabsahan dan kedudukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri, namun realiti sebenar adalah sebaliknya.
Ini kerana sebagai Menteri Kabinet mereka tidak harus berbuat demikian kerana tindakan itu sama ada secara sedar atau tidak menunjukkan Ahli Parlimen PN berkenaan sudah hilang kepercayaan terhadap kewibawaan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri seperti man peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada Ogos 2021.