Icardi tidak mahu khianati Inter Milan

Iklan
Icardi kini mentetak 13 gol daripada 16 penampilan dalam semua pertandingan di PSG. - Foto sempreinter.com

PENYERANG Paris Saint-Germain (PSG), Mauro Icardi menolak untuk menyertai Juventus di Serie A pada jendela perpindahan secara pinjaman kerana tidak mahu mengkhianati Inter Milan.

Perkara tersebut didedahkan ejennya sendiri, Wanda Nara selepas nasib pemain Argentina itu berada di persimpangan kerana tidak berada dalam perancangan Pengurus Inter Milan, Antonio Conte.

Iklan
Iklan

"Icardi pada awalnya hampir menyertai Juventus, namun lebih memilih PSG sebagai pasukan baharu untuk meneruskan kariernya.

"Dia tidak mahu ke Juventus kerana tidak mahu mengkhianati Inter. Keputusan itu tepat kerana Icardi kini cukup gembira bersama PSG," katanya.

Iklan

Kelibat Icardi bersama pasukan berpangkalan di ibu negara Perancis itu cukup memberangsangkan apabila mempamerkan ketajaman di bahagian serangan dengan mencetak 13 gol daripada 16 penampilan di semua perlawananan.

Nara yang juga isteri Icardi menyatakan tidak mengetahui siapa yang mengusir penyerang itu daripada Inter Milan tetapi dia berjiwa besar keluar ke pasukan lain demi kebaikan semua pihak.

Iklan

"Apa yang saya boleh katakan ialah saya hanya tertarik kepada kebahagian yang dikecapi Icardi. Dia kini berada di salah satu pasukan terbaik di dunia.

"Dia juga mempunyai peranan penting di pasukannya sekarang. Gol-gol yang dijaringkannya juga cukup luar biasa," katanya.