KUALA LUMPUR - Jumlah pesakit yang menerima subsidi bagi menjalani rawatan hemodialisis akibat kegagalan ginjal kronik di 125 pusat hemodialisis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah kendalian Kementerian Kesihatan (KKM) tahun ini meningkat sebanyak 37.27 peratus berbanding tahun 2017, Dewan Negara dimaklumkan.
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, sehingga November lepas jumlah pesakit yang menerima subsidi tersebut adalah 3,315 orang berbanding dua tahun lepas iaitu 2,459 pada 2018 dan 2,415 orang pada 2017, di 122 pusat hemodialisis.