Jurusolek nyaris maut dihempap sofa

Iklan
Butkeviciut nyaris maut selepas dihempap sofa tiga tempat duduk di Aberdeen. Foto: Agensi

AYAT FB: Edita Butkeviciut, 30, dihempap sebuah sofa yang didakwa dibuang dari bumbung sebuah pejabat di Aberdeen.

SCOTLAND - Seorang jurusolek nyaris maut setelah dihempap sebuah sofa yang didakwa dibuang dari bumbung sebuah pejabat di Aberdeen.

Edita Butkeviciut, 30 yang bekerja di Nailco Nail Bar, Union Street mengalami patah tulang paha dan pergelangan kaki dalam kejadian itu terpaksa menyambut Krismas di hospital.

Ketika kejadian Butkeviciut dikatakan sedang berbual dengan teman lelakinya, Daniel Ferreira menerusi telefon bimbit di halaman belakang tempat kerjanya pada jam 1.20 petang, 7 Disember lalu sebelum dia dihempap sebuah sofa secara tiba-tiba.

Butkeviciut terbaring di bawah sofa selama 40 minit sebelum seorang penjalan kaki mendengar jeritannya manakala Daniel menerima panggilan daripada tempat kerja teman wanitanya itu sejam selepas talian terputus memaklumkan insiden yang berlaku.

Lelaki yang datang menolong Butkeviciut berkata, dia mendengar jeritan seseorang sebelum bertindak menghubungi talian kecemasan 999 untuk bantuan.

"Saya terpaksa memberitahu mereka tiga kali bahawa sofa telah jatuh menghempap mangsa kerana mereka sukar untuk mempercayai insiden itu.

"Kami terpaksa memindahkan tong sampah dari kawasan kejadian supaya ambulans dapat masuk dengan mudah," kata lelaki yang masih belum dikenal pasti identitinya.

Begitupun, dua lelaki, berusia 31 dan 26 tahun telah ditahan pihak berkuasa berhubung kejadian itu.