Nikmat gastronomi terbaharu di KFC
Iklan
KUALA LUMPUR - Sebuah pengalaman gastronomi unik menanti para penggemar makanan apabila KFC membawakan satu ciptaan enak menggabungkan keju dan truffle, istimewa buat masa terhad - menerusi KFC Parmesan Truffle Crunch terbaharu.
Hidangan enak terbaharu daripada KFC ini menampilkan gabungan rasa premium keju parmesan dan truffle yang dirangkum sempurna bersama keenakan ayam Hot & Spicy KFC. Terkenal sebagai salah satu ramuan eksklusif di dalam dunia kulinari, truffle yang juga merupakan ramuan yang tidak mudah untuk didapati ini telah menawan hati penggemar makanan dari pelbagai bentuk. Jika anda masih belum pernah merasai hidangan yang menampilkan truffle, ini merupakan peluang yang terbaik untuk anda menikmati hidangan istimewa ini yang boleh didapati di dalam kombo nilai bersama 2 mahupun 3 ketul ayam KFC.
Iklan
Iklan
Bagi pencinta ayam goreng Original Recipe dan Hot & Spicy pula, KFC turut membawakan sesuatu yang istimewa buat anda. KFC Bargain Feast boleh didapati buat masa terhad, menawarkan nilai terbaik menerusi bucket 5, 9 atau 15 ketul ayam bersama hidangan sampingan whipped potato, daripada hanya RM23.90. Sebuah tawaran berbaloi yang tak boleh dilepaskan!
Iklan
"Sempena tahun baru ini, kami bawakan dua promosi khas bagi memenuhi permintaan pelanggan kami yang pelbagai menerusi KFC Parmesan Truffle Crunch dan KFC Bargain Feast. Parmesan Truffle Crunch terbaharu ini dicipta khas bagi mereka yang gemarkan sajian yang berbeza. Ianya menjanjikan pengalaman ‘premium’ menampilkan keju parmesan dan truffle bersama kenikmatan di dalam harga yang berpatutan. Sebuah hidangan premium pada nilai terbaik, sama seperti slogannya ‘Citarasa Mewah, Gaya Mudah’. Perisa yang benar-benar tersendiri dan anda harus mencubanya,” kata Ling Mee Jiuan, Ketua Pegawai Operasi KFC Malaysia.
Iklan
"Bargain Feast pula dibawakan khas bagi peminat hidangan klasik KFC dalam harga yang amat berbaloi, bagi menceriakan semua setelah banyak berbelanja ketika musim cuti. Kami berharap agar anda dapat menikmati KFC kegemaran anda menerusi sajian-sajian istimewa yang kami bawakan khas buat masa terhad ini.” tambah beliau.
KFC Parmesan Truffle Crunch dan KFC Bargain Feast boleh didapati di setiap cawangan KFC seluruh negara bermula 8 Januari 2019, sementara stok masih ada! Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kfc.com.my
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>