Penyokong Nacional mati ditembak

Iklan
Situasi kelam-kabut di luar stadium selepas seorang penyokong Nacional ditembak penyerang misteri. - Foto Agensi

MONTEVIDEO - Seorang peminat bola sepak berusia 24 tahun mati ditembak ketika meraikan kejayaan pasukan Nacional di Uruguay semalam.

Media tempatan melaporkan kejadian itu berlaku berhampiran ibu pejabat kelab bola sepak terbabit di Montevideo dan pihak polis masih belum mengeluarkan sebarang laporan rasmi berhubung insiden tersebut.

Iklan
Iklan

Sementara itu, Nacional menerusi Twitternya mengutuk kejadian itu sambil berkata, tindakan keganasan terbaharu tersebut satu lagi pembunuhan yang tidak seharusnya berlaku dalam kancah bola sepak Uruguay.

Pasukan itu menyeru agar semua penyokongnya lebih bertanggungjawab dan kekal tenang mengharungi hari-hari yang sukar serta Nacional perlu bersatu sebagai sebuah keluarga.

Iklan

Video yang dipaparkan di media sosial menunjukkan orang ramai berjalan di kawasan kejiranan berhampiran ibu pejabat pasukan Nacional sebelum beberapa tembakan dilepaskan secara tiba-tiba.

Nacional memenangi kejuaraan bola sepak Uruguay 2019 dengan mengalahkan Penarol 1-0 semalam. - AFP

Iklan