Air Melimpah

Iklan
Timbalan Pengarah (Operasi) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Mejar (PA) Syed Azam Shah Syed Baharom ketika meninjau ombak kuat menghempas benteng pemecah ombak hingga menyebabkan air melimpah di atas jalan raya ketika tinjauan Bernama di Pantai Seberang Takir, malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran angin kencang timur laut berkelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur. - Foto Bernama