Rashidi Timbalan Datuk Bandar Shah Alam baharu

Iklan
Mohd Rashidi mengangkat sumpah sebagai Timbalan Datuk Bandar Shah Alam baharu, semalam.

SHAH ALAM - Bekas Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penguatkuasa dan Hasil Persekutuan, Jabatan Ketua Pengarah, Tanah dan Galian (JKPTG), Putrajaya, Mohd Rashidi Ruslan dilantik sebagai Timbalan Datuk Bandar Shah Alam yang baharu berkuatkuasa awal Januari lalu.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Sharin Ahmad berkata, Mohd Rashidi berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi Perancangan dan Pembangunan (2005) dari Universiti Malaysia Sabah.

Iklan
Iklan

"Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengurusan tanah, pihak berkuasa tempatan, pengurusan projek dan pengurusan bajet. Sebelum ini beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengurusan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Putrajaya dan Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

"Beliau juga pernah dilantik menjadi Penolong Pegawai Daerah (Tanah), Unit Pelupusan dan Pembangunan Tanah, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat dan Penolong Pengarah, Seksyen Agihan dan Pembangunan, Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor,” katanya.

Iklan

Shahrin berkata, majlis angkat sumpah jawatan itu diadakan di depan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad, semalam.

Turut hadir Orang Besar Daerah Petaling, Datuk Emran Kadir; Ketua Ahli Majlis, Kamarudzaman Sanusi serta pengarah kanan MBSA.

Iklan