India import 183,914 tan minyak sawit makan Malaysia pada November

Iklan
Minyak Sawit - Foto 123RF

NEW DELHI - India mengimport sebanyak 183,914 tan minyak sawit boleh dimakan dari Malaysia pada November, berdasarkan data industri hari ini.

Import dari Malaysia terdiri daripada minyak sawit mentah (MSM) (140,280 tan), olein sawit RBD (41,600 tan) dan minyak isi rung sawit mentah (CPKO) (2,034 tan), menurut Persatuan Pengekstrak Pelarut (SEA) India yang berpangkalan di Mumbai.

Iklan
Iklan

Pengimport minyak makan terbesar dunia itu membeli sejumlah 668,363 tan minyak sawit pada November berbanding 778,568 tan pada Oktober.

Jumlah import minyak sayuran sebanyak 1.12 juta tan pada bulan tersebut.

Iklan

Pada bulan lepas, India mengimport 484,449 tan minyak sawit dari Indonesia terdiri daripada MSM (400,141 tan) dan olein sawit RBD (80,809 tan).

Jumlah import minyak campuran termasuk kacang soya dan bunga matahari sebanyak 428,061 tan.

Iklan

Pada bulan tersebut, negara mengimport minyak bunga matahari dari Ukraine (191,448 tan), Rusia (50,163 tan) dan Romania (21,700 tan) serta minyak kacang soya dari Argentina (137,690 tan), Brazil (16,060 tan) dan Arab Saudi (11,000 tan). - Bernama