Ebola merebak selepas militan serang kem rawatan

Iklan
Gambar hiasan

GENEVA - Kes virus Ebola di Republik Demokratik Congo (DRC) selepas kumpulan militan bertindak menyerang kem pasukan kesihatan, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sebanyak 27 kes disahkan berlaku di wilayah North Kivu dan Ituri dalam tempoh seminggu hingga 10 Disember lalu, berbanding purata tujuh kes dalam tiga minggu lalu.

Iklan
Iklan

"Keadaan yang tidak selamat adalah salah satu cabaran utama yang kami hadapi kerana ia menghalang kami daripada sampai kepada masyarakat untuk melindungi mereka daripada Ebola.

"Apabila kami tidak dapat mengakses komuniti, kami tidak boleh melakukan aktiviti pengawasan termasuk vaksinasi yang merupakan salah satu inovasi penting dalam membantu menghentikan penularan wabak di negara ini kepada orang lain," kata jurucakap WHO, Dr Michel Yao.

Iklan
Iklan

Dua minggu lalu, militia di timur DRC membunuh empat orang dan mencederakan dua yang lain dalam beberapa serangan di dua pusat tindak balas Ebola. - Agensi