Peruntukan RM25 juta untuk sekolah pondok diagih awal

Iklan
Menteri Kewangan Lim Guan Eng (dua, kiri) menyerahkan peruntukan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa pada Majlis Penyerahan Cek Kepada Sekolah Pondok Berdaftar di Kementerian Kewangan hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan menyerahkan cek berjumlah RM25 juta yang diperuntukkan kerajaan persekutuan untuk diagihkan kepada 283 sekolah pondok berdaftar di seluruh Malaysia.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyampaikan cek dengan jumlah tersebut kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof di kementeriannya pagi ini.

Iklan
Iklan

Guan Eng berkata penyerahan peruntukan yang diumumkan dalam Bajet 2019 itu diagihkan sekaligus dan diberikan lebih awal bagi memudahkan menteri bertanggungjawab membuat perancangan lebih teratur dan menyeluruh.

"Sejumlah RM25 juta diserahkan kepada menteri bertanggungjawab secara sekaligus untuk membolehkan beliau memutuskan agihan mengikut budi bicara,"katanya.

Iklan

Menurutnya kementerian itu tidak menetapkan syarat-syarat tertentu untuk proses agihan.

Bagaimanapun beliau mengingatkan agar tidak ada unsur politik bagi sekolah pondok tersebut.

Iklan

"Institusi tahfiz atau pondok tidak boleh dimiliki parti politik. Peruntukan boleh digunakan untuk menyelenggara sekolah pondok dan agama rakyat,"ujarnya.

Beliau berkata pemberian peruntukan untuk sekolah pondok berdaftar itu membuktikan kerajaan PH komitmen terhadap pendidikan Islam selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi,"katanya.