Lebuhraya Sungai Besi KM11.0 ditutup hingga 12 Januari depan
Iklan
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Penutupan penuh secara berkala di Lebuhraya Sungai Besi dari KM11.0 hingga KM11.3 (arah Sungai Besi) akan dilanjutkan dari 16 Disember ini sehingga 12 Januari depan.
MMC-GAMUDA dalam satu kenyataan berkata, penutupan penuh sepanjang 300 meter itu bermula jam11 malam hingga 5 pagi berikutan terdapat kerja-kerja pemasangan kekotak segmen (SBG) dan sebarang kerja berkaitan.