PUTRAJAYA - Kerajaan mengekalkan sasaran unjuran asal pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 4.8 peratus untuk 2020 walaupun World Bank menyemak semula unjurannya kepada 4.5 peratus.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan hanya akan menyemak semula sasaran itu jika unjuran pertumbuhan KDNK 4.7 peratus tahun ini tidak tercapai.