Bangladesh mula pasang pagar di kem pelarian Rohingya

Iklan
Pelarian Rohingya berjalan melewati tiang konkrit yang bakal dipasang di kem pelarian Balukhali di Ukhia. - Foto AFP

BALUKHALI - Tentera Bangladesh mula mendirikan pagar di sekitar kawasan perkhemahan ratusan ribu pelarian Rohingya meskipun mendapat aduan daripada pemimpin masyarakat dan kumpulan hak asasi manusia.

Pesuruhjaya Pelarian Bangladesh, Mahhbub Alam Talukder mengesahkan kepada AFP bahawa pembinaan telah bermula, namun enggan mengulas lanjut.

Iklan
Iklan

Ketua tentera, Jeneral Aziz Ahmed berkata, hujung bulan lalu jurutera pasukan keselamatan telah mula mendirikan tiang dan menempah dawai berduri.

"Ia akan menyekat pergerakan kami. Kami perlu berjalan jauh untuk mendapatkan makanan daripada pihak berkuasa. Kanak-kanak juga tidak dapat bermain lagi," kata pemimpin Rohingya, Mohammad Hashim.

Iklan

Tindakan tentera Bangladesh turut dikecam kumpulan hak asasi manusia yang menyifatkan pagar boleh mengubah kem menjadi penjara besar.

"Kerajaan Bangladesh tidak sepatutnya menjadikan kem pelarian Rohingya kepada penjara terbuka. Kawat berduri dan menara pengawal hanya untuk penjenayah, bukan orang yang melarikan diri daripada kekejaman besar-besaran di Myanmar," tegas Pengarah Pemerhati Hak Asasi Manusia, Brad Adams. - AFP

Iklan