Mungkin esok, lusa atau tulat, siapa tahu....
Iklan
Ismail Sabri (tengah) bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz (kiri) dan Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Mohd Shahar Abdullah (dua, kanan) ketika hadir bagi pembentangan Bajet 2023 di Bangunan Parlimen pada Jumaat. - Foto Bernama
PERTEMUAN dalam kalangan UMNO dah selesai. Kabinet pun dah selesai bermesyuarat. Bajet dah dibentang. Yang belum lagi ialah pengumuman pembubaran Parlimen.
Selagi belum selesai bab ini, selagi itulah kitaran media sosial tentang hal ini akan memenuhi ruang gosip dan seribu satu pertanyaan.