Peningkatan peruntukan pembangunan beri limpahan ekonomi
Iklan
Kerajaan memperuntukkan kos sebanyak RM50.2 bilion bagi projek MRT 3. - Gambar hiasan
SHAH ALAM - Bajet 2023 menyaksikan peningkatan peruntukan perbelanjaan pembangunan berbanding dua tahun sebelumnya, iaitu berjumlah RM95 bilion daripada jumlah keseluruhan, RM372.3 bilion.
Jumlah itu meningkat dengan ketara berbanding RM75.6 bilion pada 2022 dan RM64 bilion pada 2021.