Bangladesh bergelap lagi
Iklan
Seorang jurujual kedai farmaseutikal menggunakan cahaya daripada telefon bimbitnya untuk mencari ubat semasa gangguan
bekalan elektrik di Dhaka.
DHAKA - Sebahagian besar Bangladesh termasuk bandar utamanya, Dhaka terpaksa bergelap akibat bekalan elektrik terputus pada Selasa.
Menurut syarikat utiliti kerajaan, gangguan tersebut berlaku sekitar jam 2 petang (waktu tempatan) selepas kegagalan grid yang menyebabkan kira-kira 75 hingga 80 peratus kawasan negara Asia Selatan itu lumpuh.