Bajet 2023 titik permulaan rasionalisasi subsidi negara?
Iklan
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz (dua, kiri) melihat buku laporan pada Majlis Penutup Konsultasi Bajet 2023 pada Khamis. - Foto Bernama
SHAH ALAM - Kerajaan dijangka memulakan agenda rasionalisasi subsidi negara pada Bajet 2023 sebagai salah satu usaha penting bagi mendepani cabaran ekonomi dunia yang dianggarkan semakin memburuk tahun hadapan.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam, Firdaos Rosli berkata, dengan saiz Bajet 2023 masih lagi bersifat mengembang tetapi nilai perbelanjaannya tidaklah sebesar yang dilihat sebelum ini, pihaknya menjangkakan defisit fiskal negara akan dikurangkan sedikit ke paras 5.6 peratus tahun hadapan.