Perasuah cenderung guna jalan pintas untuk berjaya
Iklan
Anne ketika program MUM bertajuk ‘Sentuhan Pembuat Kek Termahal’ yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Isnin.
SHAH ALAM - Segelintir individu cenderung menggunakan pendekatan jalan pintas atau jalan mudah untuk berjaya sehingga menyebabkan ramai yang terjebak dengan amalan rasuah.
Pengusaha kek, Siti Saleha Idris atau lebih dikenali sebagai Anne Idris bagaimanapun berkata, sekiranya keberkatan diletakkan sebagai tunjang utama dalam setiap pekerjaan, mereka tidak akan sesekali berani untuk mencuba ke arah itu.