Penuhi tuntutan rakyat
Iklan
Rakyat mengharapkan pemimpin yang menduduki kerusi Parlimen amanah dalam melaksanakan tanggungjawab termasuk menolak rasuah. (Gambar kecil: Kartini)
Untuk memastikan masa depan Malaysia yang lebih baik selepas PRU15
SHAH ALAM - Penganalisis politik menyenaraikan beberapa tuntutan mengenai apa yang rakyat mahukan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk masa depan Malaysia yang lebih baik.
Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Kartini Aboo Talib @ Khalid berkata, dalam konteks politik, kecenderungan utama kemahuan rakyat adalah sebuah kerajaan yang stabil.