Rasuah punca kejatuhan Melaka: Pengajaran kitab Sejarah Melayu
Iklan
Empayar Melaka yang tersohor tumbang oleh kealpaan,
kemunafikan dan ketamakan pemimpinnya.
"HAI emas, Tuhan bukannya engkau tetapi yang kehendak hati berlakulah olehmu.”
Demikianlah pemujaan terhadap ‘emas’ (lambang kekayaan) yang dinukilkan oleh Tun Sri Lanang, pengarang kitab Sejarah Melayu. Tidak ada kitab sejarah silam yang lebih penting daripada Sejarah Melayu.